Friday 20 June 2014

GELAS VS KACA

GELAS VS KACA
(KIASAN ALLAH DAN MAKHLUK).

SOALAN : “Saya selalu nampak gelas dan
kadang kadang je nampak
kaca.... Macam mana nak nampak kaca
selalu? (bermaksud pandang makhluk, terlihat makhluk. Jarang2 je pandang makhluk, terlihat Allah”. 

Kaca dan Gelas adalah DUA hal yang
kelihatan di dalam kenyataan yang
SATU.

Gelas menyatakan hal dirinya di
dalam kaca dan kaca menyatakan
perihal dirinya di dalam gelas. Namun,
gelas bukan kaca dan kaca bukan gelas. Kaca tetap pada diri kacanya dan gelas
tetap pada diri gelasnya. Bersatu tidak
bercerai tiada.

Namun kedua - duanya
saling nyata menyatakan di antara satu
dengan yang lain di dalam kewujudan
yang satu. Nak nampak kaca selalu? 

Jawapan : Lihat saja pada gelas, kerana pada gelas
itulah kaca sentiasa menzahirkan
dirinya.

Nak sentiasa lihat kaca, perlu latih 5
deria PENGAMATAN, 5 organ TINDAKAN
dan 2 Pancaindera Batin fokus kepada perkara - perkara berikut: 

( Deria PENGAMATAN :
- Dengar (Telinga) ,
- Lihat (Mata),
- Bau (Hidung),
- Rasa (Lidah)
- Sentuh (Kulit). 

ALAT TINDAKAN :
- Alat Tangan,
- Alat Kaki,
- Alat Mulut,
- Alat Kelamin,
- Alat Kumuh . 

Pancaindera BATIN :
- Akal (Otak),
- Roh (Hati). 

1. NAMA / ASMA :
Sentiasa tanamkan di minda bahawa
meskipun apa saja Nama yang diberikan
kepada gelas itu, samada namanya
Gelas, Cangkir, Cawan, Kinnam, Kapa,
Kappu, Kup, Chashka atau apa saja
namanya, ia masih tetap bersumberkan Kaca, cuma nama kaca itu bertukar
mengikut bahasa, tempat, bangsa,
kebudayaan dan kaedah
penggunaannya sahaja. Hakikatnya, ia
masih Kaca yang sama. 

Tip : Jangan tertipu pada NAMA !
Kaca wujud di sebalik pelbagai NAMA.

2. SIFAT :
Sentiasa melihat SIFAT yang dizahirkan
oleh gelas itu, semuanya memakai dan
menunjukkan sifat kaca. Gelas adalah
nama yang mengikut BENTUK Kaca. Jika
Kaca itu berbentuk tingkap, maka Nama
gelas tidak akan terpakai. Gelas akan bertukar nama menjadi tingkap!
Jika Kaca berbentuk mentol, maka nama
gelas juga tidak terpakai. Gelas itu bernama gelas kerana ia mengikut
bentuk kaca yang berbentuk gelas!!
Walau apapun SIFATnya, bentuk, saiz, warna, kasar atau lembut.
Kaca tetap wujud di sebalik sifat-sifat itu.

Tip : Jangan terpedaya kepada SIFAT.
Kaca wujud dalam berbagai sifat yang
disifatkan ke atasnya.

3. PERBUATAN / AFA'AL:
Sentiasa melihat PERBUATAN atau
KELAKUAN yang dibuat atau dikenakan
ke atas subjek itu.
Gelas digunakan
untuk minum. Jika gelas itu digunakan
untuk disangkut di mata, ia tidak
dinamakan gelas, ia mungkin dinamakan ‘cermin mata’.
Jika ia
digunakan untuk melihat wajah, maka
tu bukan gelas, itu mungkin cermin
muka. Namun hakikatnya, Kaca masih
wujud di dalam cermin mata dan cermin
muka itu. Nama sahaja yang bertukar.

Tip : Jangan dikelirukan oleh tindakan
dan perbuatan. Meskipun Perbuatan itu
menukarkan Nama dan Sifat ‘gelas’
kepada sesuatu objek yang lain, namun
hakikatnya, diri kaca masih nyata pada
objek yang baru itu.

4. ZAT (ASAL/BAHAN MENTAH):
Sentiasa belajar merenung dan melihat
dari mana asal kejadiannya sesuatu itu.
Asal gelas dari Kaca.
Asal kaca dari
pasir, asal pasir dari sillica, asal sillica
dari magma, asal magma dari batu, asal
batu dari gunung, asal gunung dari bumi, asal bumi dari gas, asal gas dari cahaya.
Asal cahaya dari DIRI CAHAYA itu sendiri
(Tuhan Cahaya Langit dan Bumi).
Bila perkara bahan mentah atau asal-
usul ini direnung, nantinya kita akan
mengerti bahawa Mula penciptaan
sesuatu itu adalah dari sumber CAHAYA
(Nur) dan akhirnya juga kembali kepada
CAHAYA yang sama juga. 

Bila sudah mengenal CAHAYA, pandang
semula kepada KACA, tidakkah pada
Kaca itu ada cahaya? 

Cahaya itu
menzahirkan dirinya di kaca.
Atau jika kaca dipandang dari dalam
bilik gelap yang tidak ada cahaya, masihkah kita nampak KACA itu?

Kaca itu tidak nampak pada penglihatan
mata, tapi pada pancaindera Batin, imej
kaca itu masih nampak di minda. Jika
masih nampak, itu tandanya ada
cahaya !
Cahaya itulah hakikatnya kaca.

Kaca tidak nampak di dalam bilik yang
gelap. Tapi kita masih boleh melihat
‘GELAP’.
Jika masih boleh melihat
“gelap” itu tanda ada CAHAYA.
Cahaya itulah hakikat atau asalnya
KACA !
Maka apakah susah untuk melihat
KACA ?
Praktis selalu ! 

Sentiasa merenung dan
bertanya di dalam diri. Jadikan alam diri
kita dan alam semesta ini sebagai
“universiti” yang paling berprestij
untuk mengajar kita dan untuk kita
belajar dariNya.
Tips BELAJAR Gunakan Formula : SATE TAHU

1. SA : SABAR
Sentiasa SABAR dalam mencari KENAL
atau mencari jawapan. 

Gunakan segala
maklumat atau ilham yang ada dan
jadikan maklumat itu sebagai ilmu.
Walau dicerca, walau difitnah, walau
diherdik, walau susah, walau perit, walau derita, walau suka, walau
senang, walau kaya, walau hebat dan
walau apa sekalipun SENTIASA jadikan
SABAR sebagai teman dalam belajar !

2. TE : TEKUN
Sentiasa TEKUN dalam mencari KENAL
kepada sesuatu. Jangan “ HOT-HOT CHICKEN SHIT” !
(hangat-hangat tahi ayam)

Sentiasa BERTINDAK (Action)
pada setiap waktu dan ketika walaupun
terpaksa mengesot. Pastikan pada
setiap hari, ilmu atau kefahaman kita
meningkat 1% lebih baik daripada
semalam.

3. TA : TAAT
Sentiasa TAAT kepada GURU. Diri kita dan
alam semesta ini adalah GURU kepada
kita sendiri. Ambil iktibar atau ilmu dari
segala makhluk. Belajar dari manusia.
Belajar juga dari binatang, meskipun
binatang itu seekor anjing ataupun babi.

Belajar dari tumbuhan, dari pokok, dari
angin, dari asap, dari air, dari logam,
dari udara, dari cakerawala, dari api
atau dari apa saja malah belajar juga
dari hantu, dari mambang, atau jin atau
syaitan atau iblis. Belajar dari hantu atau jin atau syaitan BUKAN bermaksud
mengagungkan atau memuja atau
mengambil mereka sebagai guru,
TETAPI sekadar mengambil iktibar dari
sifat-sifat negatif, buruk dan tercela
yang dizahirkan kepada mereka. Bila faham keburukan syaitan dan iblis,
maka janganlah ikut jalan yang salah
dan sesat yang disuruh mereka.

TAAT bermaksud jangan menyakiti. Jika guru kita seorang manusia,
hormatilah dia. Jangan menyakiti hati
dan perasaannya, apatah lagi menyakiti
tubuh badannya. Hormati
pendapat dan ilmu orang lain. Jangan
berdebat untuk menunjuk - nunjuk ilmu. Jangan melukakan hati dan perasaan
sahabat, kerana sahabat kita itu adalah
juga seorang guru yang kita boleh
belajar darinya.

Jangan menyakiti haiwan walaupun ia
seekor anjing, kerana pada anjing itu
ada pelajaran yang memberi ilmu
kepada kita. Cuba kaji asal usul kejadian
anjing. Apakah ada unsur penciptaan
kejadian yang sama dengan kejadian diri kita ini?

Jangan menyakiti pokok. Jangan
mencabut daun atau mematahkan
dahan sewenang - wenangnya.
Bukankah pokok juga makhluk seperti
kita?
Dari pokok, kita boleh belajar ilmu
bunga, bila telah mengenal dengan mendalam perihal bunga, maka, itulah MAKRIFAT. Makrifat kepada bunga! Namun, alangkah baiknya jika makrifat
kepada bunga itu kita teruskan lagi
dengan makrifat kepada Pencipta
Bunga?

Taat dan hormat juga kepada air. Jangan
mengotorkan air. Jangan membazirkan
air. Air yang kotor perlu dihormati,
dibuang pada tempat yang sesuai,
meskipun ia air yang kotor!
Yang kotor
pada kita itu masih menjadi rezeki kepada makhluk yang lain, maka
hormatilah ia. Air itu bersifat
menyucikan. Air tidak berbentuk, tetapi
air sentiasa mengikut bentuk!
Maka,
belajarlah dengan air kerana pada air itu
terdapat banyak pelajaran yang mengandungi ilmu darinya.

Taat itu bermaksud hormatilah kepada
seluruh makhluk alam ini!

4. HU : MAHU
Sentiasa MAHU Bertindak. Sentiasa Mahu
Belajar. Sentiasa Mahu Mencari Jawapan.
Sentiasa Mahu Mengenal. Sentiasa Mahu
Faham. Sentiasa Mahu mempraktikkan
formula SATE TAHU. 

Sentiasa : Mahu SABAR, Mahu TEKUN,
Mahu TAAT dan MAHU ada KEMAHUAN !
Hanya kemahuan yang boleh membawa
kita MENGENAL !! 

MENGENAL itulah MAKRIFAT !

No comments:

Post a Comment