Saturday 17 September 2011

Salam Aidil Fitri

    
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 
dari 
Tadika Graduan Bestari

Pemberian ALLAH SWT sempena Aidilfitri

Ada pemberian istimewa daripada Allah swt. kepada umat islam sempena kedatangan dan sambutan Aidilfitri pada setiap tahun. Itu janji Allah swt. kepada setiap individu muslim yang berjaya menyempurnakan perintah ibadah puasa di sepanjang Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan daripada-Nya.

Nabi Muhammad saw. bersabda: "Usahakanlah pada hari raya untuk berzikir dan melakukan amal amal kebaikan seperti sembahyang, zakat, bertasbih dan bertahlil, kerana sesungguhnya hari raya merupakan hari di mana Allah swt. akan mengampuni dosa dosa kamu sekelian dan memperkenankan doa kamu dan memandang kamu dengan pandangan rahmat".(Riwayat Muslim)

Baginda juga berpesan,"Apabila tiba hari raya,Allah swt. mengirim para malaikat dan mereka turun ke bumi di setiap tempat, lalu mereka menyeru," Wahai umat Muhammad, keluarlah kamu menuju kepada Tuhan Yang Maha Pemurah". Maka apabila umat Muhammad keluar menuju tempat sembahyang masing masing, Allah swt. berfirman, " Saksikanlah wahai para malaikat-Ku, bahawa sesungguhnya Aku memberikan pahala bagi puasa mereka iaitulah keredhaan-Ku dan keampunan-Ku". (Riwayat Bukhari)


Allah swt. menyedikan anugerah istimewa sempena Aidilfitri dengan berjanji akan memberi keampunan, memperkenankan doa, memberi rahmat dan keredhaan-Nya kepada orang yang beriman dan berjaya menharungi ujian Ramadhan dengan jayanya. Inilah sebesar besar anugerah yang patut memotivasikan kita untuk memperbanyakkan amal dan istiqamah dengan ibadah pada bulan Ramadhan.

Jadikanlah kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri yang silih berganti setiap tahun sebagai ruang dan peluang untuk kita membina kekuatan emosi dan spiritual ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih cemerlang. Begitulah kehendak Ilahi yang sangat menyanyangi para hamba-Nya, yang senantiasa memberi ruang dan peluang untuk insan memperoleh kejayaan yang hakiki (al-falah)


No comments:

Post a Comment